Assalamualaikum semua. Sihat ke tak sihat? Bagusssss. Sihat semuanyaaa *Ok. syok sendiri :P
Hari ini. Satu hari aku berjalan dengan si bonda. Penat tak berapa penat jugakla. Sebab naik keta je pon. Bukan jogging or jalan kaki kan? Ok. Apa aktiviti yang kau buat tu Cik Ima? Habaq maii.. So tengah hari tadi dalam pukul 12pm, mak aku ajak gi teman dia buat kad pengenalan. Bukan apa, mak aku nak tukar alamat. Sebab dalam kad pengenalan dia sekarang ni alamat rumah lama kat JB tuh. Tu yang tadi pegyla teman dia tukar kad pengenalan.
Mula-mula tersilap. Kami pegy kat pejabat pos. Hehe. Ayah lah ! Ayah cakap 'Takpe. Kalau nak ganti alamat, kat pejabat pos pon bole.' Sekali pegy sana, dah ambil nombor giliran, dah tunggu untuk ke kaunter, dia cakap tak bole. Kena pegy Pejabat Pendaftaran jugak. Aku bawaklah mak pegy Pejabat Pendaftaran. Kat Seri Negeri Melaka ni je. Nasib baik tak ramai sangat orang.
Bila dah berurusan dengan kaunter, abang tu cakap, boleh ambil kad pengenalan tu petang. Sekarang tak bole. Kitorang dah taktau nak ke mana. Mak kata 'Jomlah kita buat facial.' Bila call tauke tu, dia cakap kedai tutup sebab sibuk dengal function apa ntah sampai ari Jumaat. Dah macam tu pulak ! Pastu idea seterusnya, aku cakap kat mak 'Mak, nak basuh keta lah. Keta kotorlah.' Mak kata Okayy. So pegy cuci keta kat Durian Daun. Ada car wash melayu. Pegy sana je. Ramai pekerja dia. Agak laju la kot? Sebelum cuci keta, singgah gerai tepi jalan jap. Mak teringin nak makan pisang goreng kat situ. Haa belikan mak kejap. Pastu baru ke tempat cuci keta tu. Ramai jugak tapi yelah. Macam aku cakap tadi, orang tu ramai pekerja, masih bole uruskan (:
Siap bagy kat pesanan kat abang tu
Me: Abang, ni seat depan ni nanti bole tolong basuh sikit tak?
Dia: Haa. Nak basuh?
Me: Ha`ah. Sebab macam ada kotor-kotor sikit. Mintak tolong abang gosok-gosok sikit kat sini. Bagy kotoran tu hilang. Bole?
Dia: Ohh. Gosok sikit-sikit tu bole la dik. Basuh tu tak boleh la. Lencun kang tak kering pulakk.
Me: Boleh bang eh? Terima Kasih (:
*sambil makan-makan pisang gorang dengan air tebu, panjang leher aku tengok ke arah MCA. takut-takut abang tu lupa nak buat pesanan aku tadi. Ceh. Padahal risau kalau-kalau MCA dikasari :P *
Dah agak-agak nak abes cuci keta tu, dandan tu jugaklah hujan. Bukan mengeluh, jauh sekali membenci. Tapi yela manusia. Kadang-kadang spontan beraksi tanpa berfikir :P
'Alaa. Dah basuh keta, hujan pulakkk.'
'Ish. Biarlah hujan. Ada cakap macam tu pulak. Ni lah manusia, tak hujan, complaint macam-macam, ni dah hujan, mengeluh pulak.'
'Hehe. Takdelah. tak kesah pon lah. Kan bagus hujan kan mak? (: '
Lepas cuci keta, agenda seterusnya nak ke rumah Mak Teh kat Ayer Molek, Melaka. Tapi nak balek umah dulu. Mak kata mak teh tak masak, jadi nak bungkuskan sikit untuk makcik. Sampai-sampai je umah makcik, dah lepas salam dia, terus gi dapur dia ambil pinggan. Lapar siott. Tadi aku keluar, aku tak jamah pape langsung. Pisang goreng dengan air tebu tulah BRUNCH aku tau. Kesian aku kan? 'Padahal sebelum pegy, mak dah lawa. Suruh makan dulu. Aku yang degil :p' Sampai je umah makcik aku terus terkam pinggan dan terus makan nasi lemak yang mak aku bawak tadi. Agak buruk siku jugaklah kan. Sebab mak bunguskan untuk makcik, tapi anak dia yang sauk dulu. Hampeh la kau ni ima ! :D
Dah abes solat dan makan (aku je. mak aku dah makan kat umah), kami pegy balek Pejabat Pendaftaran tadi untuk amek kad pengenalan baru mak aku tu. Alhamdulillah urusan sempurna je. Laju je mak aku pegy amek IC dia (: Dah amek IC, apa lagy, gerak ke Pejabag Suruhanjaya Pilihanraya lah pulakk. Tingkat 20. Sama bangunan dengan pejabat ayah aku. Ayah tingkat 19, Pejabat SPR tingkat 19. Kosong beb ! Takde orang. Sunyi je. Eh maksud aku, tak ramai pekerja. Kat kaunter ada sorang je. Bagus jugak. Tak banyak keja, nak amek ramai-ramai orang keja sana buat apa kan? Menghabehkan boghehh jo (menghabishkan beras je ! )
Selesai segala urusan. Balek umah! Jejak kaki je masuk umah, aku terus ZZzzzzzzz kat sofa. Pastu rasa panas, mamai-mamai tu, aku angkut semua barang-barang aku tadi bawak naik atas, sambung tido. ZZzzzzz. Sejam je aku dapat tido tau. Sebab akak aku yang sulung tu singgah umah lepas dia habis keja. Husband dia keja. So dia bosan duk umah sorang-sorang. Tu yang dia singgah. Rindu kami kot? :P
Ok. Bai. Wasalam.
Much Love,
Imazara Hapiz
Thursday, May 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment