Aloha People

count web traffic

Followers

Tuesday, July 12, 2011

miss the kiddos.

I`ve came across my pictures` albums in my lappy. Tiba-tiba je aku perasan gambar-gambar masa aku praktikal. I have my practicum at SMK AMPANG PECAH, KUALA KUBU BHARU, SELANGOR. Memanglah dengar nama pon nak pecah kan? Masa mula-mula ditempatkan kat Kuala Kubu Bharu tu, Tuhan jela tahu. Betapa sedihnya. Kawan-kawan sama kelas dengan aku dapat tempat gempak-gempak. Ada yang dapat Bandar Utama, Damansara, Puchong etc. I mean like, at least ada gak tempat lepak best-best. If bosan-bosan bole gi entertain diri pegi karaoke ke, makan tempat best-best ke, pegi tengok wayang ke betul tak? Tapi AKU??



Lepas dapat tahu penempatan sekolah kat mana, aku dengan kawan-kawan aku yang dapat sekali dengan kawasan aku tu pegi lah tengok tempat tu. Kira nak tengoklah tempat tu okay ke tak, keadaan sekolah tu nak pecah ke, nak roboh ke kan. Then kitorang sampai-sampai je Kuala Kubu Bharu (KKB) tu, kitorang pegi cari SMK KKB dulu. Sekolah member aku. Lepas tu baru pegi cari SEMEKAP ni.


First impression aku, CANTIK ! Serious sekolah tu cantik. Takde pecah-pecah pon :P So, bersemangat jugakla. Yang tak bestnye urmm (bagi aku la) tak banyak sangat tempat-tempat makan yang best. Ada yang best tapi tak banyak. Sebab mestilah nak tukar selera gak kan. Takkan nak makan nasi dengan lauk ayam kicap hari-hari kan? Bukan tak bersyukur, tapi ada jugak lain, apa salahnya cuba kan? Cari kelainan (:


Dah habis masalah sekolah, kami mengalami masalah UTAMA yang cukup besar iaitu masalah NAK CARI RUMAH SEWA. Penat sangat nak mencari. Ke hulur, ke hilir nak cari rumah sewa sebab kawasan tu sempadan dengan Tanjung Malim. Of course la Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan hantar pelajar-pelajar dorang kat kawasan ni jugak kan? So kawasan tu banyak dorang kongker. Dorang dah siap-siap bayar deposit. Melopong jela kitorang ni. Sebab kitorang dapat tahu penempatan sekolah tu dua minggu sebelum pendaftaran sekolah. Korang bayangkanla sendiri, ada ke orang nak yang ON THE SPOT kan. Tapi Alhamdulillah, dapat jugak orang tu bagi sewakan rumah dia. Walaupun pada mulanya dia refuse nak bagi sewa kat kitorang. Ni belum cerita pasal keadaan rumah sewa lagi kan? Berjanggut aku nak taip nanti sebab ada kisah jugak disebalik NAK MASUK rumah tu. ahaha. Takpelah. KIV dulu lah ye.


Tempoh praktikum aku dalam 3-4 bulan lah. Starting from 17th January til 29th April 2011. Masa minggu pertama praktikum tu tak payah cakap. Semua kelam kabut ! Ala maklumlah, tak familiar lagi dengan rumah tu, tak biasa dengan persediaan untuk students, tak biasa dengan sekolah, tak biasa dengan kelas, tak biasa dengan students and the list goes on. Setiap hari isnin ada formal assembly, sekolah kitorang kena nyanyi empat buah lagu. Even sekolah aku dulu pun tak nyanyi lagu sebanyak tu :') Dah setiap minggu nyanyi, lama-lama aku dah naik hafal dah. Hehe. Kawan aku siap tegur ' Aihh, kau siap nyanyi lagi eh kat perhimpunan tadi' Hehe. Tersenyum simpul aku dibuatnya. Yelah. Kebiasaan. Lama-lama dengar, dah lali (:


Masing-masing diberi dua kelas untuk diajar. Macam aku, aku dapat dua-dua kelas Form 2. So sejujurnya aku bagitahu, aku ada repeat banyak pengajaran :P Mana yang aku ajar untuk kelas pertama, aku guna balek untuk kelas kedua. (sepatutnya tak dibolehkan. Dan kalau didapati tertangkap, PARAH! ) Hehe. Tapi aku tukar latihan jek. Sebab aku dapat kelas tingkatan 2C (kelas nombor 2) dan aku dapat kelas 2W (kelas TERAKHIR). So korang dapat bayangkan tak aku marah budak macam mana? *wink. Aku ni garang ! Tolonglah percaya :P



Jadi, disebabkan aku rindu budak-budak tu, aku expose sikitlah budak-budak kelas aku tu eh. Bagi dorang glamor sket dapat masuk blog aku :P (bajet!)






Ni hero-hero malaya kelas aku !
ahaha. Ni geng suka buat loyar buruk kelas aku.
Bila aku tengah salin kat whiteboard, mulut dorang ada jek nak keluarkan bunyi !
'Teacher, ni apa lagi nak kena salin ni?'
'Speak English please? I cannot understand u if u speak Malay in my class'
'Teacher, why kena salin-salin? My hand is very lenguh'
Sambil aku salin kat depan tu, penat jugaklah aku nak cover ketawa !

Luaran:
(: *senyum ketat*

Dalaman:
BAHAHHAHAAHAHHAHAAHHA :D
*gelak tak hengattttttt*

but still, they tried their best to speak English.
I really appreciate that.
Terharu aku tau takk.
:')










Ni lah antara pelajar-pelajar Tingkatan Dua.
Selalu buli teacher dorang ni.
Bila aku speaking, semua diam je. Ingat paham. Rupanya HARAM !
ahhaha. Bila aku mix malay+english, barulah paham !
Patutlah kalau aku bagi arahan buat kerja dalam English,
semua tak gerak. Rupanya tak paham.
Sabar jela aku T_T
Kenangan ((:



Eh, ni bukan pelajar saya. Ni mangsa culik saya. Hehe.
Farhan Sufi.
Panggil A`an.
Budak hensem ni anak cikgu sekolah aku tu.
Lepas dia habis sekolah rendah dia, dia datang bilik guru.
Tukar baju untuk ke sekolah agama pula (:



No comments:

Post a Comment