Aloha People

count web traffic

Followers

Tuesday, December 08, 2009

Imazara belajar Bahasa Malaysia (;

1. Bekas kekasih saya adalah:
Seorang yang mengongkong.. tapi saya tahu mesti ada sebab dia buat mcm tu.

2. Saya sedang mendengar:
Anang-Separuh Jiwaku Pergi, Colbie Cailait-Begin Here, Sean Kingston- Face Drop, Charice-Note to God.

3. Mungkin saya patut:
Jumpa dia depan depan dan selesaikan masalah itu.

4. Saya suka:
Facebook-ing, jumpa dia, hang out dengan teman tercinta (;

5. Sahabat-sahabat baik saya:
Mereka yang tak pernah lekang menyokong saya. berada dengan saya dikala senang dan susah. Love U All (;

6. Saya tak paham:
Kenapa susah sangat nak bahagia..

7. Saya kehilangan:
Keyakinan diri.

8. Ramai yang berkata:
Saya perlu jadi kuat. Jangan mudah mengalirkan air mata.

9. Makna nama saya:
Bunga (ZAHARA)

10. Cinta itu adalah:
Subjektif. Setiap orang memiliki tanggapan masing masing.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
Belajar sambil layari internet (SINA syg ;p )

12. Saya akan cuba:
Berusaha pulihkan hubungan dengan dia. Jadi yang terbaik untuk semua. Insya Allah..

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
Forever *err tapela. translate jek ke English.hehe.

14. Telefon bimbit saya:
Letak wallpaper dgn si Dia (;

15. Bila saya terjaga dari tidur:
Tengok jam dah pukul berapa. kalau awal lagy, snooze byk kali ;p

16. Saya paling meluat apabila:
Seseorang yang sengaja mereka reka cerita semata mata nak ambil perhatian. ohh please !

17. Pesta/Parti adalah :
Tempat yang tak sesuai untuk saya.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
Ofcoz kucing ! hehe.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
Remaja. dalam belasan tahun.

20. Hari ini:
Hati tenang setelah meraung sepanjang hari semalam.

21. Malam ini saya akan:
Packing barang dan buat apa apa yang boleh menceriakan diri sendiri.

22. Esok pula saya akan:
Mula belajar untuk subject paper seterusnya. *urghh.

23. Saya betul-betul ingin:
Bersama si Dia skrgg..

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
Mata bengkak dan sepet.

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
Semestinya pusat membeli belah.Memang tempat kegemaran saya (;

26. Makanan Barat atau Jepun :
Barat. sebab tak lalu nak makan makanan Jepun.hoho~

27. Bilik yang terang atau gelap:
Terang. Senang nak carik barang.

28. Makanan segera adalah:
Makanan yang patut dielakkan tetapi saya berdegil jugak nak makan. takpe kan?

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Terakhir? emm, saya harap sangat awak ada depan mata saya skrg dan jelaskan kenapa kita mcm ni..

30.Siapa yang anda mahu Tag?
Sesiapa yang baca entry ni, buatlah. Saya buat sebab nak memperbaiki Bahasa Malaysia saya *ahaha. ;p

5 comments: