Aloha People

count web traffic

Followers

Monday, November 29, 2010

Sis`s E-day !

Actually, dah belated sangat-sangat dah pon. Rasanya kalau dia baca entry aku ni, mau kena goreng sampai hangus aku ! Haha. Sebab her engagement day dah lepas dah. It was on Oct 9th if I`m not mistaken. Alaa masa korang duk syok-syok tengok Sheikh Muzaffar bersanding kat TV3 tu. Haa, hari sebelumnya. Kot. KOT. <----- Nampak sangat tak konfiden. Haha :D Aku rasa betul. Takpe. Nanti aku tanya Jojo, Zarina or Cidot. Sebab dorang ada time tu. Thanks korang ! :D So, my sis is officially engaged ! Suka tengok orang lain dah tunang, dah ke jinjang pelamin dah... *berangan* Hahaha :P Ala kejap je berangan. Tak lama pon. Aku balek melaka masa tu hari jumaat. `coz majlis tu langsung hari sabtu pagy. Oct 9th. Aku ponteng satu class. Haha. Korang taktau betapa peningnya aku dek memikirkan. Nak ponteng ke taknak. Nak ke taknak. Konflik punya konflik. Akhirnya, aku amek keputusan. Ponteng jelaa. Kali ni je. Kali ni je. Haha :P Siap pesan kat Jojo. 'Jo, aku ponteng class jumaat malam tau. Tu last class kita tu. Adoi. Ikut hati aku taknak ponteng. Tapi takkan kol 11pm baru aku nak gerak dari Unisel kan? Nanti kau salin nota eh jo. Salin ape yg lect cakap tau jo. Semua tau jo.' Tu yang tak tahan tu. Jojo siap cakap 'Iyer iyer. Nanti aku salin la. kau ni... dah. Ponteng je. Akak kau nak tunang kan. Takkan kau taknak tolong' Betul jugak. So, lepas class jumaat petang, aku gerak balek melaka. Aku pulak lupa. Petang-petang macam tu, kan semua orang baru balek keja. Semua berpusu-pusu nak balek. Tak macam sesak pulak highway kan? Aduh. Sabar jela. Aku sangkut kat Sg Buloh and exit Damansara. Berasap tol aku. Abes nak buat macam mana. Takkan nak jerit suruh dorang ketepi lak kan? Keje giler tu beb. Sabar jela yang aku mampu. Aku gerak dalam kol 5 lebih. Sampai melaka dalam kol 9pm. Hang habaq mai kat aku. Berasap ke tak berasap kalau hang kena macam aku? Haha. So, on the E-day. There were many people came. Some just drop by because they have something to do. Pack sket masa lunch lah. Sebab dorang datang makan kenyang-kenyang. Snap-snap gambar dengan akak. Then gerak balek dah. Thanks for coming ! Sorry tak ajak ramai pon. Just for family, relatives and some close friends je (; InsyaAllah. Her Big Day is on early next year. Pray for her happiness. Amin !



Here you go.







Eh silap. Gambar budak ni buat apa. Bukan dia yang tunang pon. Ni tukang makan je keja. Ceh. Ok ok. Proceed next photo. Zasssssss !



Haa. yang pakai spek duk bawah tu la. Adek si tunang. Haha. Alaa, saje je suspen la. Hehe :p Tu haa. akak den yang sulung. Kaler peach. Jangan tanya nape pilih kaler tu. Dia je yang tahu. Gi tanya dia. Aku malas nak tanya. Cess. Lighting tak elok. And aku pon satu. Asal lah tak edit dulu. Ok. Dah ter-upload dah. Proceed jela eh. Haha. *dimaafkan* Zasssssssss !




Cuzzy and sis (;


Haaa. Ni member aku. Classmate masa Form 4 & 5. Aku kena sebut Form bape. Sebab aku kan berpindah-pindah sekolah. Huhuu. Satu family dah kenal member aku ni. Makcik aku pun dah naik kenal dia dah. Dia pon takde la penat sangat nak kena hadapi interview kan. Hehe. Sayang kau ! Lepak umah aku lama sket lain kali :P


Taraaaaaaa. Nilah dorang. Dorang gerak dari unisel time tu. Zarina sanggup datang unisel. Semata-mata nak gerak sekali dengan Jojo n Cidot. hehe. Mekaseh korang ! Nanti akak aku kawen, korang datang melaka lagy ye.



Ni ler zarina yang den duk koba kat korang nun.


Sebagai habuan dorang datang umah aku. Apa agy, aku bawak la dorang jalan-jalan. Haha. Melaka kan Bandaraya Bersejarah. Aku jadi tourist Guide dorang masa tu. Ceh. Bajet je dak ima ni :p







Taraaaaaa. Dah sampai Dataran Pahlawan. Magik tak magik tak? :p Seperti biasa. Jojo jugak yang membeli. Haha. Aku dah cakap dah. Shopping is her full time job. Kan JO? GRR. Haha. Kali ni bukan aku yang konflik. Tapi si zarina. Haha. Tapi dia konflik dalam diri. Dia tak tanya aku. Tapi dia duk diam and pikir. Nak beli ke tak. Last-last tak beli. Hahaha.

The next day, pegy lagy Dataran Pahlawan. Si jojo membeli lagy. Cehh. Haha. Lepas tu, apa lagy, gerak la kan. Pe barang gi mall. Kena la exercise sket. Gi A`Famosa, Bangunan Merah Stadhuy`s. Err. Sorry if there`s a spelling error okay? Hehe.


Kincir air. Cantek tak cantek tak? Nampak macam kat oversea tak? Hehe. Cool.
Imazara Hapiz likes this !

Takder hal lah der,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Vanekam ! Eh silap. tu berita TV1. hehe :P


Saje je nak update blog. Macam dah lama sangat jek tak update kan? Kesian b
etul blog ni. Selalu di-anak tiri-kan. Eh jap. kene jarakkan or dekatkan eh? Betul la tu kot. haha. Loser giler aku ni. Biler ntah nak gi tuisyen subjek BM :p Sebenarnya banyak giler cerita nak dikongsikan bersama. Cewah. Ingat macam Hanis Zalikha ke apa. kalau dia takpe la jugak. Dahla lawa, model pulak tu. Ramping ! Ok ok. Back to the story. Hehe. Tapi tula. macam tak sempat jek kalau nak cerita satu persatu. Alaa, i bz la. u ni.. *buat nada gedik tau korang*. Haha.
Perasan tak aku dah lama tak upload gambar. Perasan tak perasan tak? Alaa. Aku je perasan sorang-sorang ke? Ahh. Sungguh tak peduli okay :P Aku dah lama tak upload gambar sebab aku tak jumpa cable USB fon aku laaaa PLUS lappy aku kan rosak aritu. ni dah repair dah. Sayang baby ! (: Jangan sakit-sakit mintak gi hospital lagy ye? Kang aku karate free kat kau kang :D

Kali ni nak upload photo banyak-banyak. Tak kira tak kira. Nak jugak nak jugak :P Ok we will see. Gambar apa yang aku nak upload eh? Hurmmm..


Pikir cepat pikir cepat.



Hurmmmm.



Ok ok. Jum belek lappy. Mana tahu dapat ilham. Zassssssssssssss !

Dan pemenangnya adalaaaaahh..

Hahaha :D


Yeayy ! Sweet memory. Eceh. Bajet. Masa ni kat OU. Nampak dinding ni macam cantek dan unik je. Apa lagy. Tangkap gambar laju-laju la. Segan jugak sebenarnya. Sebab masa ni ramai orang lalu lalang. Lunch Time !


Haa. Tu diaa. Sya & Jojo. Roomate sejati dorang nih. Dah bertahun duk satu bilik. Masa ni naik keta Jojo. Credit to Wuddy (:

Hahaha. Dah dah. Jangan layan sangat budak ni. Suka bikin kecoh je :P Alaa. saje je have fun. Tapi masa ni bukan tengok muvee ni pon. Kitorang tengok muvee You Again ! Ehh yeke? Ohh. bukan-bukan. Kami tengok cerita MAGIKA (:







Dah. Tak payah nak gelak sangat lah kan. Mula-mula taknak tengok cerita tu jugak. Takut rugi jek. But Hey ! Magika ni boleh tahan jugakla. Credit to KRU `coz they have successfully made up a new story that i think it is a higher level compared to Malay Muvees before kan?




So lepas kitorang habis buat wayang. Eh silap. Lepas habis tengok Magika, kitorang pi melantak sat. Haaa. Ni lah satu-satunya masalah yang kitorang selalu sangat kami alami. Masa nak decide nak makan apa jek, mesti kitorang konflik dalaman ! hahhaa :D Serious ke tak serious wa tanya lu skang? Susah tau nak pikir. Yela. Nak western ke. Nak makan nasi ke. Nak sushi ke. Nak fast food ke. Kan? Kan? Susah kan nak pikir? Haha. Tu pasal kitorang selalu hadapi dengan masalah ni. Paling kitorang avoid is fast food lah. Fast food ni bagy kitorang, EF la. EF= Emergency Food ! Ahaha. Akan dicari pabila terdesak sahaja !




Last-last. Kitorang makan Kenny Rogers je. Rasanya kalau Kenny tu ada depan mata, dia tak bagy kitorang masuk kot? Haha. sebab asyik muka kitorang jek makan Kenny. Sampai dia pon naik muak tengok muka kitorang ni :D







Ok. Gambar makan-makan takde. Tak cukup kakitangan nak snap-snap.


Ada keja kosong. Nak ke? Hantar resume ye.








Lepas makan-makan. Shopping time ! Eh silap. Masa ni aku tak beli pape. So, window shopping time ! Haha :D Aku dengan Sya tak membeli. Yang membeli, si Jojo tu je. Penat aku goda dia supaya jangan beli. Dia beli jugak. Ceh. Sia-sia usaha daku.

Masa ni Sya tengah bergelut dengan konflik dalaman dia. Hahaaa. Lawak ! :D Dia akan mulakan ayat dia dengaaaann..


Sya: 'Ima, kau rasa patut tak aku beli?'
Ima: 'Kau nak beli kasut ni untuk jalan-jalan or gi class?'
Sya balek: 'Hurmm.. Aku pun tak tahu. Tapi cantek. Sale pulak tu. Kau rasa macam mana ima?'


Hahaahaha. Tengok tengok. Hebat ke tak hebat konflik dia? :D Aku kalau dengar je ayat pertama dia, aku dah senyum sorang-sorang. Wakakaka.

Bagy aku, IF nak beli barang ni, senang je. Kau ada duit? IF ada. Proceed next step. Tanya diri sendiri. Perlu sangat ke tak? Rasanya mati tak if tak beli? Ok. Kalau rasanya macam nak nyawa-nyawa ikan IF TAK BELI, then better korang beli jela. Kang kempunan pulak kan? hehe. Senang tak senang tak? Wah. Cik Ima kongsi tips ni. Kemajuan !

:P











Ala beb. Orang yang tengah taip ni pon sama dengan jek kadang-kadang.
Hahaha.

Papehal pon. Pikir baik baik ye.

Bai ! :D

Tuesday, November 16, 2010

Andai kau mengerti..

Assalamulaikum semua. Hadiahkan hari anda dengan senyuman (:

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT. Masih bernyawa aku hari ini. Masih dapat mengirup udara di bandar melaka. Masih dapat melihat dunia yang terbentang.

Pagi tadi uruskan yuran pendaftaran. Penat aku korek-korek duit. Manalah tahu bole top-up sikit duit mak ayah bagi. Cakap yuran RM400. Padahal lebih. Takpe. Yang lebih tu guna duit sendiri dulu. Dah pokai sangat baru pandai-pandai cari backp-up. Hehe :P

So, tadi pegy Bank Islam dengan adek laki aku yang daus tu. Punyalah payah nak kejut dia. Rasa macam nak simbah air jek kat katil dia. Geram. Ceh. Padahal aku ni pon sama dengan jek! :D Alhamdulillah. urusan bayaran tadi sekejap sangat-sangat. Syukur. Masa nak balek tu, bole pulak keta kena block oleh keta lain. Siot je. Perempuan tu main tinggal jek anak dia dalam keta wei. Tahulah dia park keta betul-betul ngadap bank kan. It`s ok. hope she learnt her lesson. Dah sampai umah, aku nak buat online registeration, tup tup aku salah bagy nombor bank slip tu. Bebal tak bebal? Haha. sengal tol. Benda senang, dah jadi susah. Nampak tak? Tula ima. Lain kali tenangkan fikiran tu. Jangan nak buat keja masa fikiran serabut-serabut. Kan dah susah. Takpe. I will bear that in my mind. hehe.

Aku dikejutkan dengan sumthing. Aku nak online registeration utk adek aku. Biler aku masuk portal dia, it statedd that he got below that 2.0 (pointer). Ya Allah ! Gler rendah. Biar betul adek aku ni? Baru first sem kott. Haish. Can`t say more than regretness to him. Aku tak rela nak tengok reaksi mak aku masa tu. Aku yang tengok sendiri pon rasa nak menitis air mata tau. ' Wahai adek, kau pikirla sendiri eh. Jasa mak ayah jangan kau lupa. Ringankanlah beban keluarga dan tolonglah jangan ditambahkan lagy. Aku mohon !'

Aku tekad aku nak cari kerja cepat-cepat. Aku nak ringankan beban dorang. Ima, tolonglah naikkan pointer kau. Dapatkanlah keja baik-baik. Balaslah jasa mak ayah kau yang dah banyak berkorban demi anak-anak. 'Mak ayah, I love you so much. I know that u have worked very hard to make a living for us. I will try my best to make you proud :'( '

To you: I know that u felt frustrated with my decision. I`m so sorry. I have my own reason. I hope you would know how i felt. But i guess, i keep it as a secret. Takpe. I don`t blame you if you blame me for everything or even get mad at me. I accept it. I hope you can be happy with your life. Do make your life happier than before. I bahagia if you bahagia. Sorry i cannot give you special gifts like what you gave me. Kalaulah i mampu utk semua itu... Tapi apakan daya, i tak mampu. This is the best way anyway. Hope you can find someone that can take care of you, that can give love to you more than i can. My life is really upside down right now. I hope u jaga kesihatan u. Jaga mak u. Ingat pesan i. Take care.

Monday, November 15, 2010

Special entry to you. Yes ! YOU.

Assalamualaikum.

Aku tengah panas ni. sangat-sangatlah panas. bukan sebab dek cuaca kat melaka ni. helo, melaka sekarang musim hujan okay. nak tahu asal aku panas sangat? Sebab aku tengah berasap giler dengan kau tahu tak? Aku tak tahula kau ni manusia berperasaan ke tak eh. Kau tak payahla pura-pura nak tanya aku, aku tujukan ni kat sape. You have done something that really really hurt my heart. bukan setakat saketkan hati aku. You even tore them with knife ! Aku betul-betul tak faham. Aku rasa kita kenal dah cukup lama. Macam ni kau buat kat aku? Sampai hati kau kan? Alhamdulillah. Ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosa aku. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang terjadi. Sejak kebelakangan ni. macam-macam yang terjadi kat diri aku. Aku nak listkan pon tak bole. banyak sangat. I`m sooooooo down. I can`t even stand or even breathe for a while. Kenapa semua ni terjadi kat aku? Kenapa aku jugak? Ya Allah, kau tunjukkanlah hikmahnyaa :'( Aku sangat-sangat tak sangka kau lah orangnya yang dah buat aku kecewa. Terima kasih sebab dah buat aku menangis hari ini. Kau tak boleh tengok orang lebih baik dari kau kan? Takpe. Allah Maha Adil. Aku terima segala cubaan dan ujianNya. I`m still shock after what had happened. Macam ni kau buat kat aku kan? Jangan risau. Aku takkan balas apa yang kau buat. Aku akan bangkit setelah macam-macam perkara jadi kat aku. Aku akan tunjukkan kat kau yang aku masih mampu berdiri dengan sendiri. Terima kasihla kawan. Kau dah makan daging saudara Islam kau sendiri.

p/s: This entry is restricted to SOMEONE only. If you have done nothing wrong, i`m very pleased to hear that. If YOU are the one. Come on la eh. Kau ada akal fikiran, kau gunakanlah dengan sebaiknya. Bole pikir baik buruk kan? If tak bole jugak, quitla belajar. Buat penat jek belajar tinggi-tinggi :P OPPPPSSS!

Thursday, October 28, 2010

Saje je.

Heylo pillow ! Oh I mean. Hello people ! (:

Hey it`s thursday ! So as usual. I got nothing to do. Just tidy the hall, the front door and kitchen. What ? My room? Ohh yea Forgot `bout that act. haha. Tapela. I tidy them tomorrow okay? :D Nilah keje aku if balek melaka. Benda ni memang tak pernah nak terlepas lah. Job full time ni tau dak? Hehe.

Just wanna share some stories. That`s all. So, i did some reviewed on my school which I`ll be going for my prac on Jan `11. Kejam tak? Umur tak complete 21thn lagy dah kena hantar jadi cikgu prac. Wuwuwu. I`m soooooo not ready for that okay. Dulu masa sekolah, kita jadi murid. Ni datang sekolah, kita yang jadi cikgu. It`s awkward tau. Damn awkward ! Can`t believe that thing is gonna happen. I went to that place. Oh oh. Forgot to tell you. That place is Kuala Kubu Baru. Tarraaaaaaa.. Tunjuk lah macam surprise sket. Konon-konon best giler. Barulah aku nak pegy pon semangat sket ye tak? (Ok. Bajet giler :P )

I googled about that place, the school and area nearby. And i found that Bukit Fraser is just nearby ! Weeheee. Ok. I admit. I never been there. Ok Fine. Laugh it up. Haha :P It`s not like bole jalan kaki or what. But it`s near like 30-40km jugakla. Dekatla if nak dibandingkan dengan Melaka-Bukit Fraser or Batang Berjuntai- Bukit Fraser kan? Have a look at this nice place peep !


I expect to find this thingy if i go to Bukit Fraser !
Haha.

I expect to reach here with this view ! :D
Berkabus doe. Giler teruja aku. Haha.
Tengok tu. Pejabat Pos pun nak hebat je kan?
Macam ni, tiap-tiap hari aku nak pegy Pejabat Pos lah.
:P

Thanks for your precious time people. Korang storyla apa wishlist korang ke. Bole aku stalk korangnya blog pulak :D

Bai !

Wednesday, October 27, 2010

Business VS BUSYness.

Assalamualaikum & Gud Afternoon !
Jam menunjukkan pukul 12:16pm ye sekarang. Hee.

Ohh lamanya aku tinggalkan blog aku ni. Rindu sangat-sangat kat blog ni. Sorry ye kawan-kawan. Dah berdebu berhabuk dah blog aku ni. Haish. It`s all because of my business. Oh not that business- thingy, i meant was BUSYness. Bahaha :D Confusing huh? Ok ok. So, a very warm welcomed from me to all of you. Sorry for the M.I.A guys ! Been busy for quite a time. Hope u still read my blog, so goes to me here. I will keep on rocking your world with my `lil writing here. Hope that we can support each other (Apa yang aku bebel ni sebenarnya? :D)

I have read through my blog and all the previous entries to make me realise how long i`ve been missing. And my last entry was about the I-City. I went there when it was the Merdeka Eve. Wau ! Serious baru perasan yang dah lama giler tak update blog. Haha. Setelah ditambah, ditolak, dibahagi dan didarab, total semua is about 2months rite? (Betul tak aku kira? Betul lah kan? Ala kalau salah tu, korang anggap jela lebey kurang yek. Bahaha :P )

Kalau nak diikutkan hati, semua bende aku nak update kat sini tau. Tapi takpe, we let the time decide. If aku dapat belek gambar2 meronggeng aku, aku upload keyh? Sayang korang !

Oh oh. Did i already mentioned to u about what happen to my baby? No. Not that baby. I mean my lappy. It cannot turned on. Not even the window ! (Bukan setakat tingkap, pintu pun dah tak bole bukak. :D ) The Window 7 itself wouldn`t work. Sakitnya hati Tuhan jela tahu. Aku baru je repair laptop and format segalanya. Baby aku tu dah habes suci dah. Ni makin teruk. Siap tak bole on lagy. Aduhh, berasap tol aku lahh. Haish.


Cool ima cool. Nanti kita bawak lappy pegy jumpa doctor okay?

Ohh guys, you wait fer the next entry tau. I try to make it interesting as possible. Cewah. Bajet. Hahaha :D

See you later dude. I mean. Wasalam. Tamat sudah entri ana. Ente baca dengan nada macam arab lah. Lain kali mari datang sini lagy lah. Babai lahhh. Haha :D

Friday, September 10, 2010

From me with lurve,

Assalamualaikum.

Dear bloggers, i just wanna update sumthing that i left out the past few weeks. Ala maklumlah, tenet takde lah kat umah sewa. Tapy berkobar habes nak update. Ngeee. Korang layan jela yea. Aku ni kalau dah excited, tak dapek den nak nolong ! :D Ingat nak beli broadband tapy nak pikir masak-masak sampai hangus dulu, baru decide nak beli ke tak. Tetttt ! Hehe.

So that day, i went to berbuka puasa with si dia and my sis, fygajah. I fetch adek first at Ktm Sg buloh then heading straight to Monorail Titiwangsa to fetch him. We decided to break our fast at Wangsa Walk Mall. It`s because i thought that KL will be packed with people. `Coz that day is the 30th August. They have some celebation there at the Dataran Merdeka. Memang nak elak tempat tu ! Huhu. The traffic jam was worse. Crap !

We had our berbuka there at Bangi Kopitiam. Jalan keluar sket dari WWM tu. Mujur tempat ada yang masih kosong. Kalau taaaaaaaaaaaaaaakk, mula la aku nak buat sawan aku. Ngeeeeee :P After berbuka, kitorang jalan-jalan kat WWM and ushalah baju raya. Time tu si dia pon tak beli lagy. Tu yang dok tengok-tengok. Manalah tahu ada yang berkenan dihati. At the end, semua hampa. T___T

Lepas tu kitorang pegylah Alpha Angle. Try tengok lagy. Tapy takde apa yang menarik lah. Kitorang jalan-jalan kat situ buat bakar lemak je. Kitorang memang suka jalan-jalan takde arah tuju ni kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan. Dush ! Sabau ima, sabau. Bulan ramadhan masa tuuu. Ceh.

Tengah malam sket, member aku roger. Dorang nak gerak I-City. FYI, aku tak sampai lagy I-City tu. Sedih tak? Sedih kan? Huhu. Ok. Setelah berunding dengan penuh serious dengan si dia, akhirnya dia setuju jugak nak ikot. Kau tahu tak sikit punye susah nak ajak dia ikot? Haha. Tettt. Kesian aku. Kena buat muka 10sen jap. Konon-konon merajuk-merajuk skett. Akhirnya lembut hati jugak dia. Yeayy! :D There`re some pictures to illustrate my feeling at that time. Weeeeee ~

from left to right: fy, me, cidot, jojo n sya


B, u tengok. Cidot u tak amek skali. Gi mintak maaf kat cidot. Ngee :P


I na sorok belakang you eh. Tadela nampak perut i yang bunchet tu. :P

Presenting fy yang suke gajah. Ngauumm !
Eh. Bunyi gajah gitu yea? Dush!


That`s all for now. Lurve you people !

Thursday, September 09, 2010

Wishing you Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Assalamualaikum,
Dikesempatan ini, saya menghulurkan sepuluh jari tanda kemaafan jika ada tersilap kata, terlanjur bicara sejak kita berkenalan. Andai ada terkutuk, terhina, mohon maaf dipinta mungkin tidak sengaja. Andai ada hutang piutang, izin halalkan.

Aku nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua yang mengenali diri ini. Hope korang bergembira menyambut hari lebaran. Kumpul duit raya banyak-banyak. haha :P Jangan main mercun, nnt putus jari la, tangan la, kang nak makan nasi impit susah pulak ! Berhati-hati kepada pemandu-pemandu yang mahu ke kampung halaman. Kepada yang takde kampung or kampung dekat sebelah umah je, semoga bergembira lah jugak. If tade benda nak buat, melantak lah sampai bolat yek ! Haha.

Hepy Eid everyone.
Luv youu.