Friday, March 18, 2011
into youu.
Do you know something happen in Putrajaya? NO? I think you should know ! Hehe. Saje je bikin gempak. Putrajaya currently held an event. If i`m not mistaken pertunjukan belon panas. Lebih kurang macam tu la. If nak tengok apa yang ada kat sana? Marilah kita beramai-ramai pegy ke sana. Kita terjahh ! Haha. Untuk pengetahuan buat yang tak tahu, setiap tahun kat Putrajaya tu ada pertunjukan belon ni. Macam-macam dia tunjuk. Lawa-lawa belon yang dipamerkan. The most important thing is, aku tak pernah pegy. Sedih ke tak??? Ye ! Tepat sekali. Amat menyedihkan okay ! Huhu.
So nak dijadikan cerita, masa bergayut tu, aku ada ajak dia pegy sana..
me: Eh kat Putrajaya ada pertunjukan belon tu la. Jum pegy !
him: Alaa. tengah demamla. uhuk uhuk.
me: alaa kita pegyla hari sabtu. hari sabtu mesti dah hilang dah demam tu.
him: sampai bila tu?
me: sampai ahad ni je. alaaa jumlaaaa.
him: alaa belon je kan. nnt org belikan awak belon, awak tengokla puas-puas ye.
me: alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. org serius die main-mainkan?
him: hahhaahaha *gelak.
me: kita pegy eh eh tau tau. kita pegy tau awak.
him: tengok dulu ye.
me: yelaaaa. huhu.
So gamaknye, tak tahula dapat pegy ke tak. Haha. tengok plan hari sabtu nanti macam mana sebab hari sabtu tu ada Garage Sale kat Section 8 Shah Alam. Mahu ke sana. Banyak sangat plan. Orang tamak selalu rugi. ingat tu ye ima :P We see how it goes. Sape-sape yang terjumpa saya di sana tegur-tegurla ye. Daa ~
p/s: Awak, janganla demam. Cepat sembuh ye ! (:
Lurve you ma (:
Actually we had our dinner just now. At Pizza Hut, Jusco Bandaraya Melaka. But only mum, ila, ida, fara n me. The gurls day out ! :D
In the car, mum said 'Waaa. tengah-tengah bulan orang tengah kering takde duit. Mak tengah ada duit. Yabedaabeduuuuuuu' Hahaaha :D FYI, my mum used to be that way. Berjiwa muda. Mengalahkan anak-anak dara dia yang muda-muda ni :P Yela. Mane tak nye, keluar dengan orang muda. At the same time kita akan rasa muda jugak. Tak gitu?
We ate Pizza and J.co. Mak mengidam yang sushi tu. Tapi dibantah keras oleh si adek sebab dah boring sangat makan. Haha.
So at last, amek donat 6 biji. Kenyang ! Here`s some picturessss. Hehe. Tak lengkap hidup if tak snap-snap one day :P
She`s great, she`s awesome & most of all, she`s my mum.
*hugs :')
kelly si kakak & fara si adek !
Ada orang tengah lalu lalang kat meja kami.
So kami segan :P
Thursday, March 17, 2011
I miss the Bees :(
Suddenly i missed the bees. Bees? Yeaa. My buddies a.k.a my classmates. We`ve been together for four years and suddenly, they weren`t there. Everyone was busy with their school activities rather than previous years, we used to skip classes, stay up late, movie marathon at our rent house, went to OU to watch movie and even KLCC to snap photos. I missed them and i mean all of them :( *tetibe je aku teringat kat korang wei.Hope we will meet again after the practicum and went for a vacation together ((:
I miss the moments when we want to decide something. Usually we will make decision together. Apa-apa pun, mesti classmates aku ni unite together. Even ada few dramas in the class but still, kitorang kekal bersama.
I miss the moments where we did the 'DeepaRaya' on our foundation year. I joined the dancers to dance hindustan song. Yeayy ! Haha. Really cool man. We just practiced for one day and walaa~ Nice one ! Eventhough we had some mistakes on steps and etc but still we enjoyed our times together (;
Setiap hari ada je drama yang kami kena hadapi.
Tapi itulah juga kenangan yang dapat kami kongsikan bersama.
Bila lagy nak tengok drama kawan sendiri jadi pelakon :'D
Aku sayang korangg !
In this picture: L-R
Ima,Ziera,Sya,Jojo,Cidot.
Not in this picture: Ain Sygg.
Ni masa TESL Nite hari tu. If i`m not mistaken 22th January 2011.
Tak semua datang event ni.
Tema Arabian okayy :D
Bole cari lecturer aku tak? :P
Tagline dia, 'Salam Sejahtera. Salam Satu Dunia. Salam satu Malaysia'
Mr. Sadass.
Ni hero-hero class aku. Dorang ni memang bersatu.
If nak ponteng, memang betul-betul semua tak datang ! ahaha.
Dorang tetap penyeri class aku selama 4 tahun ni.
Thnx guys ! Korang mmg sempoii.
Bab-bab lompat ni korang pas jela kat aku. Aku sukaa ! :D
Nak dapatkan gambar ni je dah sekian hal. Susah nak dapat yang perfect.
Dekat gambar lain, asyik aku je yang slack `_____`
Anyway, aku tetap suka gambar ni !!
Paling bajet budak paling depan ni semestinya kan? :P
p/s: Foto terbanyak pulak. Teeheee :') Excited suka sgt tengok banyak gambar. Enjoy !
Tuesday, March 15, 2011
Shared from other source.
I have something to share with all of you out there. I read it from somewhere. Just for additional information :P I want you to read and think back which category are you okay? ((:
1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.
2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.
3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.
4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.
5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.
6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.
7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.
8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.
---------------------------------------------------------------------
Cinta, Sayang, Minat Dan Suka
Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)
Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)
Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.
----------------------------------------------------------------------
Dimanakah Cinta...??!
MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..
KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN
ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..
HAYATI…
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…
Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini:
“Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
So what do you think? Do you really agree with these? I found it quite true :P *blush*
Monday, March 14, 2011
cinta baru (:
I really hope i can get a great vacay with the family but since they already have their vacay last friday, i was the one who have been left out. apa nak buat, tak dapat cuti kan? nak taknak kenala berkorban jugak. huhu.
Dalam seminggu ni, aku nak cuti puas-puas dan yang penting aku nak bawak jalan baby baru aku. WOW ! ima tak kawen tapi dah dapat baby? BIAR BETIK? bukan setakat betik la eh, ni dah tembikai dah tau. ahaha. pedulikan buah-buahan tadi. saje je nak distract korang :P ye. aku ada baby baru. caya tak? caya la caya la. haha. nak tengok tak? TARAAAAAAA ~~
p/s: I wanna see you this saturday again can ar? Hehee :P *blush*
Sunday, March 06, 2011
I`m always here for youu.
and remember,
i`m like the stars, sometimes you can`t see me,
but i`m always there.
Ternyata ku perlukan chenta darimu (:
SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
English version (;
i can see the sadness in your eyes
and every teardrops that you cry
i hope you know
it's hard to let you go
the time is here i have to say goodbye
i laid my life i've seen the light
i hope you know
it's hard to let you go
i swear to be the shadow by your side
to be the shining star to light
the darkness of your night
i will survive
in the end
as i cross the line of life and then
i find my way back in your heart again
and i promise i will stay
forever and a day
the memories remain...
<33
Saturday, March 05, 2011
Perbezaan Aku dan kau Serta Kelebihannya.
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:
1. ibunya , 2. isterinya , 3.anak perempuannya , dan 4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
1. suaminya, 2. ayahnya, 3. anak lelakinya dan 4. saudara lelakinya .
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
1. sembahyang 5 waktu 2. puasa di bulan Ramadhan 3. taat suaminya dan 4. menjaga kehormatannya .
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH. Sayangnya ALLAH pada wanita.
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
Hikmah sujud
Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Tujuh kalimah
Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa
AMIN.
Surah Al-Munaafiquun : Ayat : 9 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. Ayat : 11 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.
Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:
Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!
Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?
Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.
Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).
Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.
Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....
Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji.
Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.
Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.
Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.
Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.
Semoga kita menjadi hamba yang taat dan bertaqwa. Amin Ya Rabbal Alamin.
Friday, March 04, 2011
Genting at the Peak !
Ok enough of these crapp. Jum layan gambar. ZASSSSSSSSSS !
We went there with 2 cars. One of them was mine and another one was Zarina`s. She slept at our house that night before and she drove back home after went to Genting. We had joy, we had fun we had season in the sun. Ehh ternyanyi lagu Westlife-Season in the sun pulakk :p We spent our times there, we shared our happiness together with the one we care. I`m glad that the gurlfriends were there. Looking forward to go with other friends too ! Hehe.
Ok ok. Here`s the pictures. Tadaaaaaaaa !
MissJojo Miss Sya
p/s: Sorrylah. Gambar terbanyak pulak kali ini. Over-excited perhaps. Heee. Daaa ~